Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar2 menakjubkan ini!
Dalam seri foto ini, dia menguak semua rahasia - bagaimana kehidupan berawal!!! Bukti keagungan Tuhan!!!
Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!
Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:
Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur..
Pembuahan:
Dinding rahim yang baru siap dibuahi:
Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim:
Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala:
Sudah mulai berbentuk:
Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup...
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah
dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak
mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air
yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj
yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan
air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada
nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari
nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat
pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada
hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi
alaqah.
Firman Allah yang
bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu
benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai
beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat
alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam
rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH :
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan
mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj
ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang
bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging"
al-Mukminun
: 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang
bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun
: 14
Kemudian pada minggu
ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan
usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak
dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung
dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk
dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga
mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya
telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN
AKHAR : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi
berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.
Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada
ukuran bayi sahaja.
Janin
mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu
peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan
ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka
bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
info yg menarik hati.tp tak leh buka pic nya...neway.salam kenal.hehhe :)
ReplyDelete