My Owned Preloved Item To Let GO

My Owned Preloved Item To Let GO
my.mini.bundle

Thursday, April 22, 2010

buaian, bouncer net dan walker

Sindrom otak bayi bergegar.
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.

ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.
Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

komen saya...

saya memang bercita2 taknak ada buaian atau ajar anak saya masuk dalam buaian.. saya beritahu angan2 saya pada suami.. tetapi suami kata dia dulu kecik2 pon naik buai, oke jer! hmm.. maknanya dia tak setujula kan..

saya ada bouncer sahaja, itupon untuk mengantikan buaian... nak compare bouncer n buai, bouncer lagi selamat kot.. kita nampak anak kita..dalam buai, kita tak nampak..

Buai atau bouncer nie memang x elok sbnrnya selain membebankan kita nak bawa gi mana2. lgpon kita kene buai sampai  bb tido.. kalau tk, dia nangis..bila tido, baru tak buai dia.. 

buai tu dtg bahaya kalau dia berayun terhnatuk ke dinding atau ke lantai, atau goncang terlebih. saya tak setuju bila org ajar saya yg baru beranak satu nie buai budak kuat2 semata2 nak suh dia diam dari nangis ataupon nak suh dia tido cepat. budak tu diam bkn sbb dia suka, dia terperanjat sbb x pernah buai. x pun pening sbb buai kuat sgt. 

sekarang aisya da pandai masuk buai.. hmm.. sudah!

so, ni 2 minggu terakhir di rumah mak mertua, saya nak ajar dia duduk dalam bouncer sahaja.. buai pon kadang2.. semalam dia tak masuk buai langsung.. amin, tak meragam.. kalau da tidur kat bouncer, saya akan angkat letak atas tilam.. amat menakutkan kalau dia da terbiasa dgn buai, bila kat rumah org dia taknak tidur n melalak.. sape yang susah? macam saya, di rumah mak saya di pontian takde buai dan kami adik beradik mmg tak naik buai... mak takut otak anak bergegar selain menyusahkan ibu untuk buai sebab anak akan mintak kita buai sepanjang masa.. nnt satu kerja pon tak jadi..
saya ni bila balik ke rumah saya semula, saya mahu siapkan thesis saya.. apela ceritanya kalau nak kene buai je sepanjang masa.. parah tu.. nanti keje tak siap, makanan pon saya tak dapat masak..

kalau kita x ajar, bdk2 xkan nak tdo dlm buai,so bagi yang belom ada anak, jgnla ajar anak masuk buai.. susah n bahaya..

saya berdoa agar anak saya tak ingat da buai bila da balik ke rumah kami.. amin !!

2 comments:

  1. anak dah biasa buai..nak buat kerja rumah punya pasal trpaksa beli buaian elektronik..

    ReplyDelete
  2. hehe.. yela kawan.. aritu masa dalam pantang aisya pon nak berbuai je.. beenti dia menangis.. so, i pon cakap dalam ati "kalau terpaksa beli buai pon kene beli yang electric".. huhu tak kuasa nak membuai keke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails