My Owned Preloved Item To Let GO

My Owned Preloved Item To Let GO
my.mini.bundle

Friday, April 23, 2010

nak kuarangkan sakit bersalin

baru jumpe la blog ni.. ces!
 
oke! khas untuk bakal ibu yer.. atau bakal ibu ke2, ke3, ke4.. seterusnye... hehe

Bayi dilahirkan melalui dua proses. Proses pertama (fasa pertama) membabitkan pengembangan serviks (muncung rahim) untuk membenarkan pergerakan bayi ke bukaan vagina. Penguncupan (kontraksi) yang menghasilkan pergerakan ini akan bertambah dan menjadi kerap (sekali dalam masa satu hingga tiga minit). Kesakitan ini boleh dirasai di bahagian pinggang dan di kawasan ari-ari. Peringkat kedua pula adalah proses kelahiran di mana bukaan vagina boleh mencapai ke tahap maksimum iaitu 10 sentimeter. Kesakitan maksimum inilah yg menyebabkan ramai wanita berasa takut.

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan kesakitan bersalin.
Antaranya ialah :
  • *kaedah Lamaze : iaitu senaman tarik nafas untuk melegakan ketegangan otot pelvis, kaedah ini membolehkan otot pelvis berehat dan seterusnya mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih semula jadi (kesian, saya takde org ajar.. just tau jerik2 n pukul2 en suami jer..huhuhusian dia) 
  • *suntikan ubat opiod: diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidote iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.
  • *sedutan gas Entonox : iaitu campuran gas oksigen dan nitrus oksida yg memberi kesan sama iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. (masa da contraction, DR n nurse mmgsuh sedut gas ni.. ada je kat atas kepala kita.. masa jahit pon dia suh sedut gak.. tapi hampeh.. saya tetap sakit bila saya menyedut gas entonox. tapi bahayanya gas ni buat kita mengantuk n takde tenaga.. so, saya rasa mengantuk dan bole nak terlelap sekejap  masa tengah syok meneran..hehehe.. erm.. so, Kesan yg paling besar terasa apabila sudah sampai saat hendak meneran, pada waktu itu terasa kurang bertenaga, letih dan tak boleh focus kepada apa yg dicakapkan oleh doktor, suami dan jururawat ketika saat2 cemas sewaktu melahirkan. Sampai satu tahap, kerana terlalu letih dan tak bermaya saya merasa seperti berputus asa untuk meneran. sampai DR n nurse ugut nak suh hubby kuar frm labor roomla.. nak panggil Dr laki2 la nak forcep la.. saya cakap, i"kot sukahati korgla.. aku tak kesah" .. apela dorg ni.. suppose bagila semangat.. ni lagi nak ugut2.. haish... )
  • *epidural: ia menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Antara kebaikannya ialah, ia tidak membawa kesan negatif kepada fungsi otak , tidak menyebabkan rasa mengantuk kepada ibu dan bayi di dalam kandungan memberi bius untuk kelahiran secara forceps, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat pembiusan jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Di samping itu, untuk ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi, epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan. Epidural juga mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Ia juga tidak mengganggu kelancaran proses bersalin dan tidak meningkatkan risiko memerlukan pembedahan caesarean. (ni kat private hosp je dapat.. kat GH jangan harap!)
harap membantu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails