My Owned Preloved Item To Let GO

My Owned Preloved Item To Let GO
my.mini.bundle

Monday, August 23, 2010

Bazar Ramadhan



Salam,

dulu2 masa blaja kat Muadzam, Pahang saya hanya membeli makanan berbuka + bersahur di bazar ramadhan dgn kwn2 saya.. hoho kat c2 jgk saya jumpa en Hubby
masa tu saya rasa makanan yg di beli semuanya sedap..bukan nampak je sedap tapi mmg rasa pon sedap..w/pon mahal sedikit takpe..saya sangat berpuasa hati..makanan pon tak basi..

tetapi sekarang kalau saya ke bazar ramadhan saya tengok makanan dan minuman yg di jual saya pon ragu2..sedap ke? bersih ke? cepat basi tak? sakit perot tak nanti? semua tu saya mst pk..

saya mmg tak pandai nak buat kuih..serius!!! tak pandai.. saya tau masak lauk sahaja.. biasala bulan puasa ni mst nak ada desert2 kan..kan..kan.. so, mst suami saya akan beli kuih kat bazar ramadhan.. tapi malang nya selain mahal + kecik ciput je kuihnya, kami jgk takkan habis sebab tak sedap..sekali lagi, serius ni.. kuih 3 seringgit tapi 3 tu alahai kecik kemain lagik dia potong.. kalau karipap (epok2 saya biasa panggil) kulit ja besar tapi inti sangatla sikit.. siap bole goncang2 lagik..nak rasa punya kosong tu..
then cepat basi makanannya...betol tak? penah tu saya cakap kat hubby last week
"belikan air sedap!!" oke, dia balik bwk air sedap tapi sepuluh kali saya + masuk toilet sebab sedap sangat..huhuhu

persoalannya,

peniaga di bazar ramadhan ni sebenarnya nak untung sahaja atau nak sama2 bantu umat islam yang berpuasa menikmati juadah enak semasa menyambut waktu berbuka? tambahan pulak dalam paper baru2 ni ada senarai hotel2 yang advertised pasal "buffet ramadhan" tapi sebenarnya tak halal.. betol tak saya cakap peniaga ni sebenarnya nak untung atau nak sama2 meraikan umat islam menyambut waktu berbuka??

Allah Taala kan da cakap yg mesti adil dan jujur dalam urusan jual beli atau muamalat.. ni bukan 5 tahun lepas baru kluar dalam buku akaun saya "accountablity" and "transperency" dalam Quran da sebut okeh!

sesiapa yag melanggar itu nescaya Tuhan akan balas perbuatannya..

persoalan kedua,

mungkinkah bazar ramadhan di landa ribut yang sering berlaku sekarang adalah tanda2 kekuasaan Allah yang sedang memberi peringatan kepada umat manusia tentang kesilapan dan kealpaan kita semua..

saya harap, peniaga2 di bazar ramadhan semuanya menjual dgn niat yg ikhlas dan berurusan secara jujur dan adil kepada semua pembeli..bukan mengaut untung semata2.. insyallah kalau kita jujur dan ikhlas, Allah akan beri ganjaran yang lebih besar untuk kita di dunia dan akhirat.. insyallah

=) jihan!



2 comments:

  1. setuju sangat la Jihan..tempat lain masih juga dapat kuih 3 ketul RM1, kalau kat KL sebiji 40sen, kat Miri ni RM1 2 ketul, setakat potong kek batik nipis je 2 ketul dah RM1..mahal!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails