Info haru di"share" bersama kawan2.wonderpets! bila bekerja sama semua jadi mudah!
Sumber : http://www.pengantin.com.my
Sumber : http://www.pengantin.com.my
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi
kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita
membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan
keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami
sepanjang hari. Jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan
berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih
penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan
masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap
hari kepada suami.
4. Tanya ibu
mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami
dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Beri
pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak,
kesederhanaan dan seumpamanya).
6.
Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan
suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis
profesyennya.
7. Elakkan
suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
8. Bila
suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih
kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)
9. Bila
suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan
gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah
sangat gembira perbuatan yang demikian).
10. Ucapkan
kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali
sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu
suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali
salahkan suami.
11. Bila
suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan
yang sedang dilakukan.(jika boleh)
12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh
suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke
kedai 2 atau 3 kali.
13. Tanya
suami bila dia ingin berehat atau tidur.
14. Peluk
suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
15. Telefon
suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan
sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
16. Jika
suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang.
Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
17. Jangan
ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan
penelitian.
18. Jika
suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau
pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia
sejuk.
19. Bila
meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai
kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang
disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai
dan lemah lembut.
20. Pesan
kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi
dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita
apabila tidak mendapat berita.
21.
Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
22. Sokong
pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
23. Peluk dan
belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
24. Bila
keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun
ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)
25. Jangan
menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat
demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.
Bersangka baik apabila tersesat jalan.
26. Sabar dan
tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
27. Jangan
tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
28. Jaga
maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami
diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
29. Bila
berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
30. Buatlah
air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak
minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
31. Bila
makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja
mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan
dikhalayak ramai ketika disisinya.
32. Sentiasa
bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg
dipakai.
33. Sentiasa
lebihkan suami daripada anak-anak.(jika sesuai)
34. Belikan
hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang,
kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
35. Beri
layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau "
berbulan madu" sekali sekala.
36. Jika
suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau
"pulangkan paku buah keras ".
37. Hantar
kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
38. Urut
mengurut suami dari semasa ke semasa.
39. Layanlah
suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
No comments:
Post a Comment