My Owned Preloved Item To Let GO

My Owned Preloved Item To Let GO
my.mini.bundle

Saturday, January 16, 2010

mood after delivery

u know what, mood masa pregnant da bertukar ke mood after deliver sebab lagi sebulan je lagi nak deliver baby.. mama exited sangat2 so ari2la bukak website "amalan semasa berpantang", "set bersalin",etc..hehehe so, lets share our view of pantang larang selepas bersalin oleh org2 yang "lebih dulu makan garam" hehehe... ayo, mau kurus tak ni lepas bersalin? kalau mau, jomla ikot !!!   

Tip Ibu Halimah (Jamu mak dara)
• Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan • Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
• Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
• Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
• Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
• Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
• Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
• Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
• Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN (NR)
- Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, sphagetti, pasta dan makaroni.
- Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun pudina, daun kari, brokoli, lobak, sawi dan serai.
- Ikan segar yang disyorkan ialah ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
- Makanan bijirin iaitu gandum, oats, empingan jagung / corn flakes, bran, muesli, beras merah, beras perang, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari. - Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah, oren manis, limau manis, kurma, kurma merah / red dates, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, pic, aprikot, strawberi, anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk), jus epal, ribena dan sirap.
- Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks, milo dan akar herbanika. (From NR)
- Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula perang dan raw sugar.
- Teruskan amalan vitamin sebagai suplimen anda semasa menyusu bayi.

Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .

pls go to this website sb mmg banyak info!
http://www.rahsiacantik.com/

jihan cute!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails