Makanan ketika dalam pantang untuk
meningkatkan tenaga.
Kehidupan dengan bayi
baru lahir adalah memenatkan. Adalah agak sukar untuk mendapatkan rehat dan
senaman yang mencukupi. Dan juga sukar untuk makan dengan baik. Tetapi adalah
penting untuk anda menjaga diri anda. Pilihlah makanan yang sihat dan ikutilah
strategi-strategi pemakanan yang mudah membantu anda bertenaga sepanjang masa.
Mulakan dengan diet yang
seimbang. Minum air yang banyak dan cuba
cari masa untuk duduk dan makan. Berikut adalah strategi-strategi untuk
meningkatkan tenaga anda dari makanan anda:
Mulakan sarapan pagi anda dengan makanan berprotein seperti telur dan
yogurt dan karbohidrat yang kompleks seperti roti 'whole wheat' dan bijiran adalah pilihan sarapan yang baik berbanding
karbohidrat yang mudah atau gula. Untuk
sarapan yang baik, makanlah yogurt, semangkuk oatmeal atau bijiran penuh serat
atau ‘scrambled eggs’ dengan roti bakar 'whole wheat'.
Karbohiderat yang mudah
menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat dan kemudian menurun mendadak, menjadikan
anda berasa mengantuk. Karbohidrat yang kompleks memberikan anda tenaga yang
lebih dan menyebabkan anda lebih kenyang kerana ianya mengambil masa yang lama
untuk hadam dan memberi lebih khasiat dalam bentuk vitamin dan mineral. Sarapan
yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks adalah penting tetapi kebanyakan
orang melakukan yang sebaliknya.
Tukarkan
cara pemakanan dari 3 kali makanan yang berat kepada 5 kali makanan yang lebih ringan
sepanjang hari untuk meningkatkan tenaga anda. Ini menetapkan tahap tenaga anda
pada tahap yang sama sepanjang hari berbanding turun naik di antara kenyang dan
lapar.
Tiada siapa yang suka memakai semula pakaian mengandung selepas kelahiran bayi. Walaupun anda mungkin
kecewa dengan penurunan berat badan yang perlahan ketika dalam pantang, ia bukan masa yang
sesuai untuk elak daripada makan atau memotong secara mendadak kalori yang diambil. Ianya
adalah masa untuk mendapatkan semula kekuatan daripada risaukan masalah berat
badan.
Apabila
bekalan susu sudah stabil dan anda telah pulih sepenuhnya dari mengandung dan
bersalin, dan anda telah diberi kebenaran oleh healthcare provider, bolehlah
anda mula menurunkan berat badan anda perlahan-lahan. Bagi ibu yang menyusu
anak, kehilangan berat badan yang terlalu cepat boleh melepaskan toksin yang
tersimpan dalam lemak badan ke susu badan.
Dalam
beberapa minggu pertama selepas bersalin, kekurangan air akan
menyebabkan kepenatan dan mengantuk yang anda alami semakin teruk. Oleh
itu minum air dengan banyak dan ini boleh mengekalkan tenaga. Jika anda
menyusu badan, beberapa minggu pertama akan menjadikan anda amat
dahaga, jadi pastikan anda minum dengan banyak. Adalah lebih mudah untuk kopi apabila anda kepenatan atau mengambil cokelat ketika anda lapar untuk mendapatkan tenaga dengan segera. Tetapi berhati-hati. Bergantung kepada minuman berkafein atau makanan bergula boleh memberi anda tenaga dengan cepat tetapi selepas itu anda akan menjadi lebih penat dari sebelumnya. Seperti yang diterangkan di atas, karbohiderat kompleks seperti roti whole grain, kekacang dan sayuran atau protein seperti daging, telur, makanan asas soya akan menetapkan tahap gula yang lebih stabil.
No comments:
Post a Comment