SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
This is general info to be shared with everybody…(BEWARE)
General/Health Info…..
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi
tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau
sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan
tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. I tulah
kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai
di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan
kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami
ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).
Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang
darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas
satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (
Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed!
Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari
pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut.
Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi
tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat
suka ditimang.
SBS
merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat
pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan
kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku
apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek
lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti
menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang
sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain
ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan
penderaan yang lain.
Perkara
ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih
belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan
menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila
bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
menjaga bayi….. (occupational stress ).
Ini
bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak
yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau
anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi
anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka,
saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang
bayi seperti buaian
Bakal dapat baby yang pertama.... Statement anda sangat membantu
ReplyDeleteterimas!! jom share anything pasal baby yer =) di persilakan =))
ReplyDelete