My Owned Preloved Item To Let GO

My Owned Preloved Item To Let GO
my.mini.bundle

Monday, August 30, 2010

juadah berbuka

okeh!! harini nak share juadah berbuka yang da basi da..hikhikhik i mean, da lama tapi tak post lagik kat cni
juadah semalam
satu: sotong hitam
dua: ayam + tempe goreng
tiga: samosa
empat: sayur

juadah semalam punya semalam
satu: sayur kailan ikan masin
dua: mee goreng
tiga:ayam masak kicap serai
empat : ikan goreng

 nak share resepi for

satu:sotong masak kicap

sotong di bersihkan dan jangan buang hitamnya okeh!
letak dalam tapis dan letakkan:
1. serbuk kunyit sedikit sahaja
2. bawang besar potong buah
3. lada merah di hiris kasar

Panaskan kuali, masukkan minyak sedikit kemudian tuangkan sotong tadi
gaul2 sehingga keluar hitam dan tambahkan sedikit sos tiram + air +gula +garam
kacau2 sedikit dan siap!!

dua: kailan ikan masin

ini resepi from my sista

tumbukkan satu bawang merah dan satu inci halia
goreng ikan masin dan ketepikan
perahan air limau

panaskan minyak kemudian masukkan bahan tumbuk kacau sehingga wangi
kemudian masukkan ikan masin, kacau. Tambah sos tiram dan sedikit air dan juga batang sayur tadi
masukkan sayur setelah mendidih dan kacau sedikit kemudian perahkan air limau.
tadaaa siap!

tiga: ayam kicap serai resepi ni from blog Potret kasih okeh! sedap2 tau resepinya

saya gunakan hanya 5 ketul ayam
(ayam perlu di goreng terlebih dahulu)
kemudian,
tumiskan bahan tumbuk  (1 bawang besar, 2 bawang putih, 1 inci halia, 1 batang serai di ketuk, 6 biji cili padi)
setelah naik bau, masukan sos (3 sudu kicap manis, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili)
tambahkan air
bila mendidih, masukkan ayam dan tomato!

siap..memang sedap!!

empat: mee goreng

okeh, makanan kegemaran saya nih

tumbuk 4 biji bawang merah dan 1 bawang putih
tumiskan bersama cili kisar(amountnya ikot suka nak pedas atau tidak)
kemudian setelah naik minyak, masukkan kicap pekat,
kemudian pecahkan telur dan kacau laju2 tau
masukkan mee + sedikit air dan kacau
 tambahkan sedikit gula
bila da sebati, dan kering tutupkan api =)

selamat mencuba daripada chef kecik!
hehehe







4 comments:

  1. byk nyer juadah berbuka...atau cuma menu jer.

    ReplyDelete
  2. biskut, ala.bgtaula namanya sape.takkan nak call biskut jer..hehe.. tu menu saya pada hari semalam punye semalam n semalam punye semalam punye semalam.. 1 hari 4 menu jer sebab makan berdua dgn en suami jer..huhu

    ReplyDelete
  3. lina, sedap eh? jom datang cni =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails