Saya baru tau cerita ini.. tapi nak share jugak sebab takot2 ada yang tertinggal ERL mcm saya =p
saya kagum dgn dia n saya harap saya dapat petunjuk dan hidayah dari Allah ke jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah, AMIN
Rasanya sudah
ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah
menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi
pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai
manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam
hidup.
Saya pernah jadi
penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung
untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit,
menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya
dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada
tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah
untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah
berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga,
jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya
saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati
antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat
hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah
untuknya selepas itu.
Saya memang
sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja
usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat
betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu
dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam
perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya
mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah
kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat,
saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum.
Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang
itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling
sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya
semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi
hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa
riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah
orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak
pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang
ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang
ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya
dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang
masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di
kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping
memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi
perniagaan.
Saya
tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai
sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’
untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk
dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian
yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk
anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak
ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan
dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu
untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih
kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila
syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai
status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus”
- itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali
ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis
‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan
pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba
sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir
bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia
pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan
amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari
saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah
anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari,
limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam,
puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia
yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat
Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu
dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin
betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih
sayangNya.
No comments:
Post a Comment